Thursday, December 29, 2011

Tak sangka sungguh .

Assalamualaikum . Hurm seriously aku betul betul tak sangka dengan apa yang aku dengar . Aku betul betul tak sangka yang kaw boleh berubah drastik sangat macam nie disebabkan girlfriend kaw , kaw sanggup buat kawan kawan kaw sakit hati dengan perangai and perbuatan kaw . Aku ingat kaw treat aku sorang jea macam nie , but kaw buat dekat kawan kawan kaw . Kenapa ? Hebat sangat ke girlfriend kaw tu , sampai kaw sakit kan hati kawan kawan kaw ? And paling aku tak boleh terima kaw sakitkan hati kawan aku jugak . Kawan aku tu jugak merupakan kawan kaw . Perlu ke kaw berubah sampai macam tu sekali ? Cukup la kaw treat aku sorang macam tu , tak payah nak buat kawan aku macam tu jugak . Aku memang betul betul tak faham dengan perangai kaw . Aku still boleh terima lagi if kaw treat aku dengan worst , sebab aku faham and tahu sangat status kita sekarang . STRANGERS . Tapi kenapa kaw buat dekat kawan aku macam tu jugak ? Setahu aku dea merupakan kawan terbaik yang aku pernah jumpa . Tak patut kaw treat dea macam tu . Semua oarang kecewa dengan perbuatan kaw . Aku harap kaw cepat sedar . Aku tahu aku pun tak sempurna , baik macam Rasulullah . Tapi at least , kalau aku buat salah aku mengaku . Tapi kaw ? Entah laa . Kaw fikir la sendiri . Jangan kaw ingat diri kaw tu jea yang betul and perfect . And jangan ingat orang yang jahat , menipu tu akan selama-lamanya jahat . Please la ubah perangai kaw . Tak terlambat lagi .

Monday, December 26, 2011

Kecelaruan identiti .

Assalamualaikum . Hey , hai hello . Okay , saya tahu dah lama sangat saya tak update blog . Memang dah lama sangat sangat kan ? Well , yea . Salah satu faktornya sebab SPM and Internet pulak kena potong . So , itu lah salah satu faktor-faktor yang mendorong blog saya nie menjadi sarang labah-labah dalam beberapa waktu . And yes , finally saya ada peluang untuk update blog kesayangan saya nie . Oh yes , before saya terlupa title post saya nie takda kena mengena dengan apa yang saya nak cerita  nie . Title nie just saya amik dari kakak saya yang first time saya dengar perkataan mcm tu keluar dari mulut dea . Hahaha , masa mula-mula dengar tercengang jugak , but bila renung renung balik best pulak words tu kan ? Saya pun mengambil inisiatif untuk mencilok perkataan tersebut . Hahahah :D

SPM dah habis . Saya dah merdeka pada 30 November 2011 tepat pukul 3.30 petang dan paper terakhir merupakan Biology Paper 3 . Apabila saya keluar dari dewan peperiksaan saya menjerit sekuat-kuat hati walaupun suara tak berapa sangat nak kuat :D Allah saja yang tahu macam mana lega saya rasa . Segala beban yang saya tanggung dah lepas and hilang . Alhamdulilah . Walaupun saya tahu ada jugak paper yang saya tak buat dengan baik . Tersangat lah susah paper Biology and saya rasa macam nak menangis bila kenang balik . But , mama and abah cakap jangan ingat lagi dah benda yang dah lepas . Sekarang hanya masa untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT . Zaman persekolahan saya dah tamat . Zaman untuk kena buat homework yang menimbun-nimbun dah tamat . Zaman nak kena attend perjumpaan kokurikulum dah tamat . Antara sedar tak sedar saya dah nak memasuki usia 18 tahun . Kan ? Seriously , bila fikir-fikir balik rasa macam cepat sangat masa berlalu .

Saya dapat lalui tahun yang saya rasa amat besar dugaan yang Allah berikan kepada saya . Saya tak sangka langsung saya dapat lalui semua nie . Segala penderitaan , kesusahan , keperitan yang saya alami sepanjang tahun nie , akhirnya dah pun berakhir . Matang ? Yea , saya semakin making sekarang dalam apa yang saya hendak lakukan . Saya banyak belajar daripada pengalaman saya dulu . Sama ada yang baik atau buruk . Saya berusaha menjadi Jaja yang baru . Jaja yang sentiasa berfikir akan baik dan buruk sesuatu keputusan atau perkara yang bakal dia lakukan . Jaja yang lebih menghargai keluarga dan kawan-kawan . Jaja yang lebih bijak melakukan segala keputusan yang terbaik untuk dirinya dan juga untuk orang lain . Dan juga Jaja yang sentiasa akan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah SWT . Saya akui , saya banyak melakukan dosa kepada Allah dan juga kesalahan . Daripada kesalahan , kekhilafan saya belajar untuk menjadi yang insan yang lebih baik . Semoga Allah memberkati dah meredhai dalam apa jua yang saya lakukan . Dan untuk awak  jugak . Jangan risau yea . Saya tak pernah berdendam atau hendak menyakiti awak lagi . Kita jugak tidak akan bertemu lagi kecuali dengan izin Allah dan jugak kita tidak mungkin akan mempunyai apa-apa lagi hubungan kecuali dengan izin Allah . Just go live your life . I won't disturb you . And i don't mind at all if you want us to be like a strangers . Saya hormat jea keputusan awak . Well , hope you will find your happiness and thanks a lots . Ya Allah , hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui :)