Monday, January 30, 2012

Driving License

Assalamualaikum .

Yeahh , semalam baru jea habis dengar ceramah . Huhh , gilaa tak best ceramah tu . Dapat pulak penceramah perempuan yang memang cerewat gilaa . Nak mati aku dibuatnya . Dah la duduk depan depan muka dea . Allah jea yang tahu apa yang aku rasa macam tu . Tapi disebabkan aku nak dapatkan jugak lesen aku pun sabar laa menadah telinga dengar ceramah berjam-jam tuu . Then hari Jumaat nie pulak ambil ujian berkomputer . Wuhuuu . Tak sabar tak sabar jugak . Tapi buku soalan and undang-undang pun aku tak habis study lagii . Ahh seriously malas tahap gaban wehh . But but , terpaksa laa jugak . Hopefully , aku lulus laa and tak payah repeat repeat . Tak menghabiskan duet abah . Well , i will try my best . Wish me goodluck . Hahaha eventhough aku tahu aku lambat sikit dari kawan kawan aku . Doesn't matter laa , asalkan aku dapat lesen aku . Wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :DD

Tuesday, January 24, 2012

Redha saja dengan apa yang berlaku

Assalamualaikum .

Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang .

Kosong .

Yang aku tahu sekarang aku adalah Maizatul Shahiza yang baru .

Yang kini telah ikhlas dah redha dengan apa yang telah berlaku di dalam kehidupannya dahulu .

Sedang cuba berubah untuk menjadi lebih baik .

Dan sentiasa percaya bahawa kepercayaan Allah dan juga ibu bapa terhadap dirinya lebih penting daripada orang lain .

Sentiasa belajar untuk mengawal diri sendiri dan juga belajar untuk melupakan apa yang patut dilupakan .

Cuba untuk memperbaiki diri .

Dan juga mencuba untuk mejadi muslimah yang lebih bertakwa kepada Allah SWT :) InsyaAllah .

Friday, January 13, 2012

It's already a year . Thanks Allah :)

Assalamualaikum .

Heyy hai hello semua . Firstly , saya nak bagitahu yang saya sudah melalui segala derita pahit dan dugaan selama setahun ! Yeahh , 11 January 2011 hari tu dah setahun saya dan dea berpisah . Alhamdulilah Ya Allah . Terima kasih kerana engkau menguatkan hati aku dan juga semangat aku . Saya semakin hari semakin bahagia dan semakin hari semakin bahagia dengan kehidupan saya sekarang . Bila teringat dan terkenang semula segala dugaan yang telah saya lalui , saya akan tersenyum . Banyak dugaan yang telah saya tempuh dahulu untuk menjadi seorang insan yang baru sehingga hari ini . Semua ini berkat bantuan Allah SWT . Zaman jahiliah dan zaman gelap saya dah berlalu . So , sekarang saya kena move on and move on !

# Don't think you are not strong enough to face all the problems . Allah will always be with us .

Saturday, January 7, 2012

Saya bukan tipu diri sendiri , tapi terpaksa :)

Kadang-kadang kita kena tipu diri sendiri untuk terima hakikat . Kena tipu diri sendiri untuk kuatkan semangat dan kena tipu diri sendiri untuk kebahagiaan orang yang kita sayang . Your name is still in my heart . Thanks a lots . Alhamdulilah , Terima kasih Allah untuk segala-galanya .



# when i look at the purple bear a.k.a FISHA i will always smile and put away all the pain in my heart :)

Thursday, January 5, 2012

2012

Assalamualaikum . Hai hey hello . Okay , ini merupakan post yang pertama untuk tahun 2012 . Hurm , tak terlambat lagi kan untuk wish SELAMAT TAHUN BARU 2012 . So , semua orang mesti ada azam masing-masing kan ? Aku ? Yeah , aku memang ada azam . Azam aku , semoga tahun 2012 ni aku lebih kuat dan tabah dari tahun yang sebelumnya . Amin :) Rasa macam cepat sangat masa berlalu . Tak sangka umur aku dah 18 tahun , kalau diikutkan tahun laa . Hahahah kalau ikut bulan memang belum lagi 18 . But , who cares kan ? Im still 18 years old . Orang kata kalau dah umur 18 nie , bebas melakukan keputusan dan bebas lakukan apa sahaja . Dan yeah , kalau nak kahwin pun dah boleh sangat sangat :D But , takda la sampai aku nak kahwin . Merepek jea pun . Hurm , aku cuma berharap aku akan dapat melupakan dan buang segala perasaan aku terhadap dea .

Okay , aku mengaku . Aku masih sayangkan dea . Aku masih lagi teringatkan dea . Aku tak pernah lupakan dea . Hati aku masih lagi milik dea . Tapi semangat aku yang membuatkan aku bertahan sampai sekarang . Allah Maha Mengetahui . Allah jea yang faham apa yang aku rasa . Aku berdoa siang malam agar Allah kuatkan semangat aku dan tabahkan iman aku . Aku tak nak lagi menangis macam orang bodoh yang mengharapkan cinta dari orang yang tidak lagi mencintai aku . Sungguh aku dah tak sanggup . Aku belajar untuk terima hakikat . Belajar terima yang cinta tak semestinya memiliki . Aku redha dan pasrah . Allah tahu apa yang terbaik untuk aku . Aku serahkan segala-galanya dekat Allah . Andai satu hari nanti dea memang jodoh aku , InsyaAllah akan bersatu jugak . Kalau tidak , mungkin Allah dah sediakan jodoh yang lebih baik untuk aku . Allah sayangkan aku . Sebab itu dea uji aku . Terima kasih Ya Allah . Kerana ujian yang telah kau berikan ini , aku sedar dan aku cuba untuk berubah menjadi lebih baik . Harap-harap 2012 adalah tahun yang membawa berkat dan kebahagiaan dalam hidup aku sekeluarga . Amin Ya Rabbal Alamin .