Sunday, July 31, 2011

Ya Allah , Ya Rahim ..

Hey all , Assalamualaikum . Well , before puasa lagi berapa jam sangat nie kan aku nak melepaskan apa yang sepatutnya aku lepas dan marah apa yang patut aku marah ! Yea laa , sebabnya lepas dah puasa nie tak boleh dahh , kena lagi banyak banyak sabar . Tadi on fb then tangan pegi gatai gatai tekan recent activity Eyfaa . Then keluar laa gambar yang tak sepatutnya aku  tak tengok and aku memang tak nak tengok ! Haihh , kenapa la dengan kaw nie Jaja ? Cari pasal kenapa haa ? Last last kaw jugakk yg merana . I just don't know why . Hati aku nie mungkin tak rela kan lagii apa yang dah jadi walaupun dah lapan bulan benda nie terjadi .

Hati aku rasa macam kena carik carik and macam kena tusuk dengan benda tajam jea bila nampak both of them . Ya Allah , kaw kuatkan lah lagi semangat aku . Mungkin semangat yang aku ada nie belum cukup kuat lagi kott . Entah laa , aku kadang kadang keliru dengan perasaan aku sendiri . Exam dah nak dekat sangat . Kuat ke aku nak tempuh semua nie Ya Allah ? Ya Allah kaw permudahkan lahh urusan aku , kaw kuatkan lah semangat aku . Ya Allah , kaw pimpinlah aku ke jalan yang kaw redhai , Ya Allah kaw sayangilah aku sebagaimana kaw menyayangi Rasullulah . Sungguh Ya Allah aku tidak akan kuat untuk menempuhi semua dugaan ini tanpa pertolonganmu . Kaw jadikan lah aku seperti Rasullulah yang sentiasa bersabar walaupun berbagai bagai perkara buruk terjadi kepadanya . Ya Allah , berikanlah aku hidayah dan petunjukmu . Kaw tarik kan lah kembali segala kenangan dan ingatan aku terhadap dea Ya Allah . Sungguh aku ingin lupakan dea tapi semakin aku cuba semakin aku lebih ingat terhadapnya Ya Allah .

Ini kan balasan terhadap orang yang ikhlas menyayangi dan mencintai seseorang ? Ini kan balasan terhadap orang yang menyakiti dan membohongi orang yang disayanginya hanya untuk mendapat perhatian ? Jikalau ya aku harus redha menerima nya Ya Allah . Satu yang amat sangat aku pohon Ya Allah , kaw berikanlah kebahagiaan kepada orang yang amat aku sayangi . Jangan timpa kan apa apa musibah terhadapnya Ya Allah . Mungkin aku tidak dapat membahagiakan dea Ya Allah dan sebab itu perkara ini harus terjadi . Aku harap orang yang berada di sampingnya sekarang mampu membahagiakan dea . Dan yea , doa aku selalu untuk kalian berdua .

* Ya Allah , jika ini balasan aku mencintai seseorang yang bukan muhrim ku , aku redha Ya Allah . Aku mohon kekuatan hati dan iman daripada-Mu Ya Allah .

Saturday, July 30, 2011

Puasaaa :)

Assalamualaikum and haii hello :) Ok aku admit dah lama sangat kot aku tak update blog . Lama ke ? Hahaha , bagi aku maybe lama tapi tak tao orang yang baca blog aku nie beranggapan macam mana kan ? Entah ada ke tak orang baca blog aku nie ? Well , if ada thanks so much if takda pun takpe sebab aim aku buat blog nie untuk aku lepaskan apa yang aku geram and apa apa saja yang aku tak boleh simpan dalam hati aku nie . Bukan apa dah tak nak dah cerita dekat orang lain ataupun kawan kawan nanti macam menyusahkan deaorang pulak kan ? Haa , aku dah melalut dah nie . Dah menyimpang jauh sangat sangat . Huhuhu

Ok then lets back to our main topic , ececece nak speaking laa pulak kaw nie Jaja oii selalunya rojak jeaa :p So , kalau betul laa tekaan and takda pulak perubahan semua Muslim di seluruh dunia akan menyambut Ramadan Al-Mubarak pada 1 OGOS ini nanti . So ada lagi sehari untuk kita semua bersedia dari segi fizikal and mental and of course perut jugakk , hahaha . Same goes with me , aku harap sangat sangat tahun nie puasa penuh tu pun if dapat and aku harap sangat sangat jugak aku sehat and mintak mintak gastrik aku tak datang laa , Hopefully sangat sangat . Yang paling susah nak sahur laa kot , dengan mengantuknya apa semua . Tapi apa boleh buat kan ? Dah kewajipan .

Hari nie tadi dekat sekolah ada Program Peningkatan Pembelajaran Cemerlang Chemistry . Yea aku dengan tak cukup tidurnya dengan sakit kepala pun pergi laa tadi . Allah jea yang tao macam mana aku tadi just nasib baik aku tak berzikir macam Fairuz jeaa , hahahah . But but nasib baik bilaa dah rest kejap and makan apa semua aku okayy . Alhamdulilah la , if tak sia sia jea laa aku g kalau satu apa pun tak dapat kan ? Harap harap ilmu yang aku dapat hari nie aku akan ingat sampai nak SPM nanti . And yeahh , cepat sangat masa berlalu . Dan Jaja yang dulu pun dah takda jugak sebab masa dah merubah segala-galanya :)


* Maybe thats the last time i will ever see his smile . Ahh Jaja , macam dea senyum dekat kaw jea , entah entah kaw jea yangg perasan . Hurm maybe . Very well then , berpijak di bumi yang nyata Jaja , its already been more than a seven months okayy ? :)

Tuesday, July 26, 2011

Tik Tok , Tik Tok .

Hello , and Assalamualaikum . Yeah , first of all saya nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kaum Muslimin di seluruh dunia . Tak sangka kan , sikit lagi dah nak puasa . Tu laa , masa berlalu dengan cepat sangat , just kita nie jea yang tak sedar berapa banyak masa yang telah kita sia-sia kan . Same goes with me , haihh SPM dah nak dekat sangat nie . I just don't know laa , if boleh ke tak jawab exam SPM nanti . OMG , bila fikir fikir pasal benda nie tak cukup nafas kot . Semput sayaaa =.="

Hurm , and masa jugak laa yang telah mengubati hati saya dan telah menjadikan saya seorang manusia yang lebih kuat . Saya kini tidak lagi lemah semangat dan mudah putus asa , kerana saya tahu Allah sentiasa ada bersama sama saya di waktu susah ataupun senang . Apa yang terjadi pada saya adalah dugaan , bak orang selalu cakap time time nak exam besar memang banyak dugaan . Dan saya terima dugaan dan ujian Allah ini dengan redha . Kerana saya tahu ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini .

Dan dengan masa jugak laa , saya belajar untuk menerima hakikat yang tak semua yang kita nak kita akan dapat , walaupun merupakan sesuatu atau sesorang yang kita sayang and suka . Dan kita jugak tak mampu nak puaskan hati semua orang . Biarlahh , sebabnya Allah lebih mengetahui niat kita dari orang lain di sekeliling kita . Jangan bersedih kerana disakiti , sebaliknya maafkanlah orang yang menyakiti anda . Yeah , jujur ikhlas saya katakan di sini yang saya maafkan semua orang yang pernah menyakiti saya dan saya tidak akan menyimpan apa apa dendam kerana dendam tu pemusnah hidup . Jadi saya tak nak musnahkan hidup saya semata mata kerana dendam . Dan saya jugak berharap orang yang pernah saya sakiti pun akan memaafkan saya .

Masa jugak mengajar saya erti sabar . Walaupun kesabaran saya tidak setanding Rasulullah SAW , tapi saya mencuba mengikuti sifat beliau . Walaupun sekecil kuman , saya akan cuba . Walaupun sesukar mana . Masa jugak telah mematangkan saya dan mendewasakan saya . Dan saya tidak akan mengulangi kesilapan dan kesalahan saya yang lalu , kerana banyak pihak akan sedih dan terluka disebabkan saya dan saya jugak yang akan menanggung akibat dari perbuatan saya . Kesalahan saya besar , sebab itu sampai sekarang orang akan ingat , walaupun telah banyak kebaikan saya lakukan , tetapi orang tetap akan mengingati kesalahan kita . Tapi tidak mengapa lah , itulah namanya lumrah kehidupan .

* Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat saya dan keluarga saya :)


Sunday, July 24, 2011

Uhh , mimpi jea pun Jaja oii

I just don't know why tiba tiba aku macam mimpi dea semalam . Yeahh , mimpi tuh samar samar laa . Tapi yang aku sure dea memang ada dalam mimpi tu . Yang peliknya dalam mimpi tuh dea dekatkan muka dea dekat aku and then senyum . What this means ? Uhh , seriously i don't like bilaa dah dapat mimpi yang macam nie . Sebabnya , nanti aku akan terus terus pikir pasal nie . Yea aku tao , mimpi tuh mainan tido , dah campur dengan setan apa semua . Tapi entah laa , i just can't get it out of my head . Hurm , please Allah kuat kan lah semangat hamba-Mu ini . Trial is just around the corner . Aku tak nak sebab benda benda kecik and remeh macam nie aku tak boleh nak focus .


* Fighting Jaja , remember you have Mama and Abah :)

Saturday, July 23, 2011

Saya senyum sajaa :)

Semalam Tasha naik atas then bagitahu , " Jaja tadi kan Tasha online facebook then tiba tiba ada _______________ the rest is history . Malas nak tulis . Bagi sesiapa yang dapat paham and catch ape maksudnya bagus laa . Aku senyum jea bila Tasha cakap macam tuh . Bukan salah dea pun , budak budak biasa laa . Apa yang dea nampak tu lah yang akan dea cakap .  Bak kata orang , budak budak tak pandai menipu . Hurm Jannah pulak cakap " Jaja cuba kaw tengok muka Taec Yeon bila gelak , macam ____________ " the rest is history too . Hahaha , mesti bengkek jea korang baca post aku kali nie kan ? But , im so sorry . Tak terdaya nak taip ayat ayat yang seterusnya . Aku senyum and gelak jea bila Jannah cakap macam tuh . Dah tu aku nak buat apa lagi kan ? Tak kan nak marah and hamput hamput orang . Eventhough aku rasa lain sangat bila dengar nama dea and pasal dea . Hati nie macam terusik . Haihh , susah kalau nak bahaskan pasal hati dan perasaan . Tak akan pernah habis kan ?

But ,  i know one day i can get more better than him . I will found someone else who might actually treat me well . There's is a big world out there . And i get this strength from song White Horse by Taylor Swift . You can do it Jaja :)

Friday, July 22, 2011

It's been too long

Yeahh , dah laa sangat aku tak update blog . So the first excuse is tak tahu nak tulis apa and second excuse is aku sibuk tengok cerita Korea . Hahaha , of course my Lee Min Ho ada berlakon , if tak tak kan laa melekat sampai tak ingat dunia depan lappy . What can i do ? I just can't takes my eyes of him . For me , he is so handsome and have his own charisma . I like his smile the most ! Well , tapi tak ada la sampai fanatik nak kahwin dengan dea . Hahaha just minat macam peminat minat artis . Btw , dea memang pandai act sebenarnya , bukan setakat handsome jea . Sebabnya , kalau handsome jea bakat entah ke mana tak jadi jugak . Kan kan kan ? :) Let's stop about Lee Min Ho okay ? Ada benda lain pulak nak tulis .

Semalam , competition drama peringkat negeri . Hurm , aku harap SMK Sentosa juara but nampaknya tuah takda kot and lebih tepat lagi takda rezeki . Takpe laa , nak buat macam mana kan ? But , for me they are still the best . Cuba lagi tahun depan . I hope boleh pergi sampai peringkat NATIONAL . Sepatutnya aku pergi semalam tengok that competition but , aku decide no need laa . Because aku dah serik sangat apa yang jadi masa dekat Seri Kampar hari tuh . Please , im not strong enough to see them together for twice . So the best way , no need laa pergi . Because i know they will go . Haihh , Jaja what the hell are you thinking ? Stop that laa . It's useless to think about them . Yea yea , i try my best okay ? Eventhough , i know it's hard .

The most thing i have learn today , eventhough you try to hate and forget someone that you love , you just can't endure that you miss them when they are not around . Yes , i admit i miss him a lots . But , i don't want to think about that . It's just a feelings and im sure one day it will go away from my heart and my soul . Just need time . And i know i will meet someone more better than him and he will gonna treat me well more than him .

Sunday, July 17, 2011

Youtube

Hahh , sekarang nie aku usha usha video jeaa . Yea laa dah ramai sekarang kan orang yang vlogging nie . Hahaha , aku pulak jadi peminat . Huhuhu , dah takda keje . * What Jaja ? Takda keje ? Kaw bukan nak SPM ke ? Hahaha . Seriously takda mood nak study . Haihh , kejap lagii la kot . Hahaha macam yea yea jea aku nie . Yeahh , seriously rasa malas sangat sangat . Takpe laa , nanti lama lama okay laa kot . Aku rasa dah macam fall in love pulak dengan Sam Tsui . Kenapa selama nie aku tak sedar kan ? Tao memang tao sebab my sis , Shira ada cakap but tak tak jugak aku try search , heheheh . Then sekali dahh tengok terus melekat . Lawak aje kaw nie Jaja . But memang best , suara mantap gilaa ! Dah laa handsome pulakk tuhh :)

Saturday, July 16, 2011

Huhh , biarkan lahh .

Sabar jea laa Jaja . Dah memang takdir . Sakit hati and tersentap sikit sikit tu perkara biasa la kan ? Alaa , jangan fikir sangat laa . Banyak benda yang nak difikir kan lagi kan ? If nampak both of them buat tak nampak sudah . Sebab you have to do that . Apa lagi yang kaw boleh buat melainkan pretend yang kaw tak nak ambil tahu kan ? Pretend yang kaw tak nampak apa apa . Well , semua orang yang macam kaw pun akan buat benda yang sama jugak Jaja . Be strong okay Jaja . Takda apa yang perlu kaw perlu fikir and yang boleh lemah kan semangat kaw . Move on okay . Yeahh , sometimes hati nie tiba tiba rasa lain , but you have to control that feelings Jaja . Buang jauh jauh ! Dea milik orang lain dah sekarang nie . Terima hakikat Jaja walaupun susah . Asalkan dea bahagia cukup laa . And kaw pun dah tak kacau hidup dea sekarang . Memang tak kan sesekali muncul lagi kot . Hurm , seksa kan ? Tapi tu laa yang harus aku lalui . Jangan risau Jaja , Allah tak akan bagi dugaan and ujian yang hamba dea tak mampu nak hadapi kan ? So kaw mampu nak hadapi benda nie semuaa :) Yeahh , for SPM kena laa kuat kan lagi semangat .

* saya tak kisah if orang nak block or apa , tapi saya tak akan add balik sebab saya tak nak dituduh sebagai ' stalker ' . harap paham :)

Friday, July 15, 2011

Cepatnyaa masa berlalu ..

Pejam celik pejam celik sikit lagi dah nak masuk bulan Ramadhan . Then raya , the SPM ! Wahh , takut gila aku . Cepat sangat masa berlalu . Kaw dah ready ke nak ambil SPM Jaja oi ? Hahaha . of course laa jawapannya TAK !! Seriously , aku mmg tak ready lagi . Still banyak lagi topic yang aku tak cover , especially syllabus Form 4 . Almaklum laa , masa Form 4 dulu memamg honey moon sampai tak ingat dunia . Laa nie padan muka hangg Jaja oi . Baru terkulat-kulat nak bukak balik buku Form 4 . Haihh , alangkah bagusnya if masa boleh diputar balik . If boleh aku nak study betul betul masa Form 4 dulu and perbaiki kesilapan yang pernah aku buat dulu . Tapi apakan daya ? Masa memang tak akan boleh diputar balik . So , the moral value hargai laa masa yang ada yeaa . Jangan jadi macam aku nie haa .


Masalah pun bertubi tubi datang sejak kebelakangan nie . Ya Allah , kaw kuat kan lahh hati hamba-Mu ini . Tunjukkan lah gerangan orang yang telah menganiayai aku dan jugak Afif . Kerana kami berdua sama sekali tidak bersalah . Dan kami berdua tidak seperti yang digembar gemburkan oleh orang tersebut . Kenapa laa ada manusia macam nie ? Apa salah aku dekat kaw haa ? Cukup cukup lahh . Fikirkan lahh kesan perbuatan kaw nie dekat orang lain . Disebabkan kaw orang lain dapat masalah . Please laa , stop it . Takda faedah pun kaw buat kerja kerja macam nie .

Aku pulakk ? Hurm okay jea kott . Hati aku ? Hurmm , boleh laa . Seriously dah malas nak fikir pasal hati dan perasaan dah . Biarlah aku simpan jea , dan mungkin satu hari nanti rasa nie akan hilang , but tak tao bilaa . Mudah mudahan aku dapat kebahagiaan yang aku idam idam kan . InsyaAllah dengan izin Allah . Aku tahu Allah tu Maha Adil . Biarkan jea laa deaorang bahagia Jaja . And kaw perlu teruskan hidup for Mama and Abah :)

Monday, July 11, 2011

Perangai manusia kot .

Assalamualaikum . Lepas satu satu masalah datang . Tak selesai jugakk eventhough macam dah jumpa penyelesaian . Kenapa orang perlu buat aku macam ni ? Kenapa perlu babit kan aku ? Kenapa perlu jaja nama aku ? Haihh , seriously aku memang betul betul tak paham kenapa . Tapi yang paling teruk sekali kenapa aku mesti dibabit kan dengan dea ? Orang yang dah lama pergi dalam hidup aku ? Macam macam pertanyaan and persoalan bermain-main dalam fikiran aku . Ya Allah , kuat kan lah aku . Aku tak paham kenapa ada manusia macam ni ? Padahal aku tak pernah nak bermusuh dengan sape sape pun . Dah suka dekat someone , cakap jea laa . No need nak babitkan orang lain apa semua .


Aku rasa macam aku orang bodoh sebab baru sedar apa yang orang buat dekat aku . Kenapa la dengan kaw nie Jaja ? Haihh , alert laa sikit !

Saturday, July 9, 2011

Aku memang betul betul dah okay ke ?

Heyy , hello . Assalamualaikum . Baru tadi lepas chat dengan Aina . Dengar semua cerita and masalah dea . Kesian Aina . Hopefully , you can through all of this my dear . Im really really sure that you can . Prove it .

Aku pun tak tahu kenapa , lepas dengar cerita Aina tadi tiba tiba aku tanya diri aku sendiri , ' Jaja kaw ni memang dah betul betul okay ke ? ' Yea , aku memang okay ! ' Dah tak ingat apa dah pasal dea ? ' Ehh , mesti laa tak ! ' Dah tak rindu dea ? ' Dah tak sayang dea ? ' Dua soalan ni yang aku tak dapat nak bagi jawapan . Entah laa , aku sendiri pun tak tahu nak cakap macam mana lagi . After apa aku dah tengok and after apa aku dah rasa and lalui . Aku seriously tak tahu . Haihh , sayang ? Yea , i do . Rindu ? Yea , of course i do . But apa yang aku boleh buat if dea sendiri pun dah ada orang lain yang bertakhta dalam hati dea ? Apa lagi yang aku boleh buat kalau dea dah tak sayang and dah tak perlu kan aku lagi dalam hidup dea ? Perlu ke aku merayu rayu untuk dapat kan dea kembali ? Perlu ke aku ratapi perpisahan ni untuk sekali lagi ? Perlu ke aku ingat lagi kenangan masa bersama yang sepatutnya dah berkubur jadi sejarah ? Cinta tak semestinya memiliki , cinta tak semestinya bersatu . Aku anggap ni semua takdir and ada hikmah di sebalik semua ni . Bukan aku tak cuba untuk lupa kan dea , lupa kan segala-galanya tapi ia sangat sangat sukar untuk aku . Cari pengganti ? Tidak sama sekali , melainkan Allah menarik semula perasaan aku terhadap dea . Tak mungkin aku cari pengganti hanya untuk mengisi kekosongan padahal takda apa apa perasaan . Lagi pun cinta mana boleh dipaksa .  ' Dea boleh cari lain Jaja , kenapa kaw tak boleh ? Sebab aku masih sayang dea , macam mana aku nak cari pengganti sedangkan hati and perasaan aku masih lagi dekat dea ? Kalau difikirkan perkara ni memang tak kan habis . Biar lahh , jodoh dan maut di tangan Allah . Semua akan berubah pada satu hari nanti . Aku serahkan segala-galanya dekat Allah . Masa depan penting Jaja . SPM :) 

Friday, July 8, 2011

Seriously , aku benci gilaa orang macam nie .

Damn ! Lantak kaw laa if nak menyamar jadi sape sape pun . Yang kaw nak babitkan aku jugak kenapa ? Dah takda keje lain dah ? Seriously , aku mmg BENCI orang macam kaw nie . Ape motif kaw nak menyamar haa ? Then kalau tak kacau orang lain takpe jugak . Nie tak , tak semena-mena tanya aku soalan bukan bukan . Entah aku kenal kaw ke tak , suka suka hati jea tanya macam tuh . Stop it laa nak menyamar nie , takda gunanya pun . Maybe kaw ada agenda tersendiri , tapi aku nasihatkan tak payah laa . Buang masa and tenaga jea . Lagi pun kesian dekat tuan punya diri yg kaw menyamar tuhh kot , which aku kenal sangat sangat . Tapi aku tak tao if dea care ke tak pasal nie . But aku rasa no need laa , stop la weyy . Aku cukup laa tak berkenan dengan cara kaw nie . Ada otak kan ? Pikir okay ? Jangan otak letak dekat kepala lutut -.-


  

Thursday, July 7, 2011

Be strong Jaja , please ..

Haihh , bukan nak mengeluh ke apa , tapi kenapa aku kena rasa macam nie lagi ? 

Kenapa ?

Dengan tak sihat nya , dengan hati sakit tak tahu nak cakap macam mana sakitnya .
Ya Allah , tabahkan la hati hamba-Mu ini . 

 Jangan lah aku nampak lemah di hadapan mereka berdua , janganlah hati aku ini sakit apabila berhadapan atau ternampak mereka berdua .   

 Ya Allah , lindungilah aku . Kuatkan lah semangat ku Ya Allah . 

Redha kan la hati aku dengan takdir-Mu Ya Allah , sesungguhnya aku tahu ada hikmah di sebalik ini semua .

Tenangkan lah hatiku ini Ya Allah . 
 
 





Saturday, July 2, 2011

Happy :)

Siti Fairuz and Azizi Sopian , they make my day today . Thanks guys . Sayang korang sangat sangat . Dah lama jugak tak hangout kan ? Best jugak laa eventhough tak lama sangat keluar nya , but but im happy .


Hurm , aku okay jea . Im really really okay ! Tapi agak sedikit cuak and risau . Sekarang dah bulan July kot , lagi berapa bulan jea lagi nak SPM ! Astaga , seriously rasa macam sekejap sangat kan ? Mana tak nya , ada jugak syllabus yang tak habis lagi . Hopefully dapat la habis . Then after that ada pulak Pra Percubaan . Arghh , damn ! I got two trial laa nie ? Ish ish ish :( Lemah semangat macam ni . Takut tak dapat score jea . Dah laa aku nie malas sikit nak study . Kene rajin laa balik nie , must have Jaja !


* Chayok - chayok , Fightingg ! :)