Tuesday, April 3, 2012

It's all my fault .

Assalamualaikum .

Seriously , aku tak tahu kenapa semalam boleh jadi satu malam yang menyakitkan hati kawan-kawan aku . Disebabkan aku , kawan-kawan aku sakit hati and kecewa dengan tindakan aku . Tapi sumpah demi Allah , niat aku hanya nak tanya kenapa dan mengapa . Itu sahaja . Aku akui memang cerita itu dah lama , tapi hati aku tak dapat tahan . Hati aku macam meronta-ronta nak tahu juga apa yang terjadi sebenarnya . Korang , aku nak korang tahu yang aku tetap sayang korang walau apa pun yang terjadi . Aku minta maaf sangat-sangat . Aku tak ada niat nak buat korang sakit hati . Tak pernah terlintas di fikiran aku . Eyfa , Siti and Raihan . Aku harap korang betul-betul dapat maafkan kawan korang ini . Apa yang aku tahu , aku sayang korang .

Aku tak matang . Memang aku akui . Aku kadang-kadang tak dapat kawal perasaan aku and kadang-kadang aku ikutkan hati sangat tanpa berfikir dulu . Aku tak nak hilang kawan . Cukuplah , aku hilang orang yang aku sayang dulu dan aku tak nak hilang kawan-kawan yang aku sayang sangat . Eyfa , aku tahu dah banyak sangat aku susahkan hidup kau and hidup Afif juga . Aku minta maaf sangat-sangat . Aku tahu mungkin aku bukan seorang kawan yang baik . Tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik . Eventhough aku dengan Afif ada sejarah silam dulu , tapi aku tak jadikan perkara tu sebagai alasan untuk aku tak rapat dengan kau . Sebab aku ikhlas nak kawan dengan kau bukan sebab Afif atau sebab-sebab lain .

Siti , mungkin ini kali pertama aku buat macam ini dekat kau . Kalau tak silap aku la . Aku minta maaf sangat-sangat . Aku dah buat hati kau sakit and hancur dengan tindakan aku ini . Bila aku ingat balik semua kebaikan korang dekat aku , aku rasa macam kejam sangat buat kau macam ini . Maaf sekali lagi Siti . Raihan , aku tahu yang kau terasa sangat dengan tindakan aku . Tapi percayalah , aku tak pernah tuduh kau . Aku tak pernah nak fitnah kau ke apa . Aku tak pernah mereka-reka cerita pasal kau . Aku tak pernah depan kau cakap lain , belakang kau cakap lain . Tak pernah Raihan , sebab aku tahu kau memang baik . Sebelum ini aku dengan kau memang tak ada apa-apa masalah langsung . Maafkan aku Raihan . Aku tak nak sebab ini , kita gaduh . Bermasam muka , tak nak tegur antara satu sama lain . Aku tak nak kita jadi strangers . Sekasa sangat-sangat kalau orang yang dulunya kita baik tiba-tiba jadi strangers . Apa yang aku cakap ini semua ikhlas dari lubuk hati aku .

# maybe korang tak akan baca and tak akan tahu wujudnya post ni . tapi kalau korang tahu and terbaca aku cuma nak korang tahu satu jea , yang aku sayang korang sampai bila-bila ..

Thursday, March 22, 2012

Apa yang kita usaha , itu yang akan kita dapat :)

Assalamualaikum . Heyy hai hello :) Huhuhu . Okay aku tahu dah lama sangat sangat tak update blog . Seriously memang malas nak update and lagi satu macam tak ada cerita best nak tulis jea . Huhuhu . But but , hari nie ada cerita nak tulis . Semalam , 21 Mac 2012 keputusan SPM tahun 2011 dah keluar . And guess aku dapat berapa ? Jeng jeng jeng ! Huhuhu . Result aku tak gempak mana pun and aku pun tak tahu whether aku nak happy or tak . Aku just dapat 4A- , 1A , 1C , 1D , 2E and 1G . G ?? Yeahh aku gagal . And yang gagal tu adalah Additional Mathematics ! Bagi aku subjek tu teramat laa membunuh aku . Hurm entah laa . And Math aku pun takat lulus jea . Tak dapat credit . So , sekarang nie , choice yang aku ada asasi , maktab and form 6 . If asasi and maktab aku tak dapat , i will go to form 6 :) Aku tak kesah dah apa orang nak cakap . yang penting aku tahu apa yang aku boleh . Aku mungkin dah ditakdirkan tidak berapa berjaya di dalam aliran sains . Oleh sebab itu , aku kena mengubah masa depan aku . Wish me good luck in sastera . Who know kan ? Someday aku akan berjaya dalam aliran sastera ;D

Sunday, February 26, 2012

Kenapa ?

Kenapa tiba-tiba kaw nak muncul balik ?

Haihh .

Aku dah cuba sedaya upaya selama nie untuk lupa kan kaw .

Apa niat and motif kaw sebenarnya ?

Seriously , aku tak dapat nak fikir apa lagi dah .

Ya Allah , bantulah aku . Rungkaikan lahh segala kebelengguan di dalam diri aku nie ..

Tuesday, February 21, 2012

missing them

Tak tahu nak tulis apa . Macam dah tak ada apa yang nak diceritakan jea . Yang aku tahu , aku rindu dengan kawan-kawan aku sekarang . Tak kira laa kawan sekolah rendah and menengah . Guys i miss you all damn much ! :)

Thursday, February 9, 2012

Tired

Assalamualaikum .

I'm tired . Yes really really tired . Dengan belajar kereta apa semua lagi . Seriously memang penat . hari ni first time aku bawak kereta and pegang stereng kereta . Memang cuak gilaa aku rasa . Sampai macam hilang focus jea . Entah macam mana aku bawak kereta tadi . Sampai pakcik yang ajar aku dah jerit jerit salah dah . Huhuhu . Sorry pakcik . Saya betul betul nervous . Takut pun ada jugak . Hurm hopefully belajar yang akan datang aku akan jadi lebih baik . Maybe aku akan drive dengan lebih baik and lebih focus . So , tu la plan aku sepanjang menganggur ni . Harap harap dapat la lesen and pass . Tak nak repeat repeat dah . Duit lagi apa semua .

Personal matters ? Hurm as usual aku tetap teruskan hidup . Eventhough selalu jugak nampak fb dea . tapi bukan aku stalker ==" Tak ingin pun . Well , tengok dea semakin maju . Default picture pun boleh tahan . Just aku tak tengok full view laa sebab aku bukan bukak pun fb dea . Just let him be . Malas nak amik port eventhough kadang kadang ada rasa something something sikit dalam hati ni , but aku boleh atasi dah benda benda ni semua . Dah lama sangat dahh . Setahun lebih dah pun kot . Yang penting aku happy and tak kacau hidup dea atau hidup sape sape pun .

# fighting for lesen kereta !!! :DD

Monday, January 30, 2012

Driving License

Assalamualaikum .

Yeahh , semalam baru jea habis dengar ceramah . Huhh , gilaa tak best ceramah tu . Dapat pulak penceramah perempuan yang memang cerewat gilaa . Nak mati aku dibuatnya . Dah la duduk depan depan muka dea . Allah jea yang tahu apa yang aku rasa macam tu . Tapi disebabkan aku nak dapatkan jugak lesen aku pun sabar laa menadah telinga dengar ceramah berjam-jam tuu . Then hari Jumaat nie pulak ambil ujian berkomputer . Wuhuuu . Tak sabar tak sabar jugak . Tapi buku soalan and undang-undang pun aku tak habis study lagii . Ahh seriously malas tahap gaban wehh . But but , terpaksa laa jugak . Hopefully , aku lulus laa and tak payah repeat repeat . Tak menghabiskan duet abah . Well , i will try my best . Wish me goodluck . Hahaha eventhough aku tahu aku lambat sikit dari kawan kawan aku . Doesn't matter laa , asalkan aku dapat lesen aku . Wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :DD

Tuesday, January 24, 2012

Redha saja dengan apa yang berlaku

Assalamualaikum .

Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang .

Kosong .

Yang aku tahu sekarang aku adalah Maizatul Shahiza yang baru .

Yang kini telah ikhlas dah redha dengan apa yang telah berlaku di dalam kehidupannya dahulu .

Sedang cuba berubah untuk menjadi lebih baik .

Dan sentiasa percaya bahawa kepercayaan Allah dan juga ibu bapa terhadap dirinya lebih penting daripada orang lain .

Sentiasa belajar untuk mengawal diri sendiri dan juga belajar untuk melupakan apa yang patut dilupakan .

Cuba untuk memperbaiki diri .

Dan juga mencuba untuk mejadi muslimah yang lebih bertakwa kepada Allah SWT :) InsyaAllah .

Friday, January 13, 2012

It's already a year . Thanks Allah :)

Assalamualaikum .

Heyy hai hello semua . Firstly , saya nak bagitahu yang saya sudah melalui segala derita pahit dan dugaan selama setahun ! Yeahh , 11 January 2011 hari tu dah setahun saya dan dea berpisah . Alhamdulilah Ya Allah . Terima kasih kerana engkau menguatkan hati aku dan juga semangat aku . Saya semakin hari semakin bahagia dan semakin hari semakin bahagia dengan kehidupan saya sekarang . Bila teringat dan terkenang semula segala dugaan yang telah saya lalui , saya akan tersenyum . Banyak dugaan yang telah saya tempuh dahulu untuk menjadi seorang insan yang baru sehingga hari ini . Semua ini berkat bantuan Allah SWT . Zaman jahiliah dan zaman gelap saya dah berlalu . So , sekarang saya kena move on and move on !

# Don't think you are not strong enough to face all the problems . Allah will always be with us .

Saturday, January 7, 2012

Saya bukan tipu diri sendiri , tapi terpaksa :)

Kadang-kadang kita kena tipu diri sendiri untuk terima hakikat . Kena tipu diri sendiri untuk kuatkan semangat dan kena tipu diri sendiri untuk kebahagiaan orang yang kita sayang . Your name is still in my heart . Thanks a lots . Alhamdulilah , Terima kasih Allah untuk segala-galanya .



# when i look at the purple bear a.k.a FISHA i will always smile and put away all the pain in my heart :)

Thursday, January 5, 2012

2012

Assalamualaikum . Hai hey hello . Okay , ini merupakan post yang pertama untuk tahun 2012 . Hurm , tak terlambat lagi kan untuk wish SELAMAT TAHUN BARU 2012 . So , semua orang mesti ada azam masing-masing kan ? Aku ? Yeah , aku memang ada azam . Azam aku , semoga tahun 2012 ni aku lebih kuat dan tabah dari tahun yang sebelumnya . Amin :) Rasa macam cepat sangat masa berlalu . Tak sangka umur aku dah 18 tahun , kalau diikutkan tahun laa . Hahahah kalau ikut bulan memang belum lagi 18 . But , who cares kan ? Im still 18 years old . Orang kata kalau dah umur 18 nie , bebas melakukan keputusan dan bebas lakukan apa sahaja . Dan yeah , kalau nak kahwin pun dah boleh sangat sangat :D But , takda la sampai aku nak kahwin . Merepek jea pun . Hurm , aku cuma berharap aku akan dapat melupakan dan buang segala perasaan aku terhadap dea .

Okay , aku mengaku . Aku masih sayangkan dea . Aku masih lagi teringatkan dea . Aku tak pernah lupakan dea . Hati aku masih lagi milik dea . Tapi semangat aku yang membuatkan aku bertahan sampai sekarang . Allah Maha Mengetahui . Allah jea yang faham apa yang aku rasa . Aku berdoa siang malam agar Allah kuatkan semangat aku dan tabahkan iman aku . Aku tak nak lagi menangis macam orang bodoh yang mengharapkan cinta dari orang yang tidak lagi mencintai aku . Sungguh aku dah tak sanggup . Aku belajar untuk terima hakikat . Belajar terima yang cinta tak semestinya memiliki . Aku redha dan pasrah . Allah tahu apa yang terbaik untuk aku . Aku serahkan segala-galanya dekat Allah . Andai satu hari nanti dea memang jodoh aku , InsyaAllah akan bersatu jugak . Kalau tidak , mungkin Allah dah sediakan jodoh yang lebih baik untuk aku . Allah sayangkan aku . Sebab itu dea uji aku . Terima kasih Ya Allah . Kerana ujian yang telah kau berikan ini , aku sedar dan aku cuba untuk berubah menjadi lebih baik . Harap-harap 2012 adalah tahun yang membawa berkat dan kebahagiaan dalam hidup aku sekeluarga . Amin Ya Rabbal Alamin .