Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

Assalamualaikum , heyy haii hello :) Yeayy , sikit lagii rayaaa ! Ya Allah sungguh aku tak sangka . Hahahah , bajet jea kan ? Macam tak pernah raya jea before this ? But , seriously tahun lepas aku tak raya pun . Well ada la sikit masalah yang menghalang , but but tahun nie tak ! So , aku nak rayaa puas puasa . Yes yes yes ! Yeahh , i know aku macam tak sedar diri jea kan ? Nak SPM , but tak macam orang nak ambil SPM pun , yea aku admit . Maybe sebab mood nak raya kot , and aku admit jugak after habis Pra - Trial hari tu , memang aku enjoy sakan macam tak ingat dunia jea . Haihh , apa boleh buat ? Tapi itu tak bermakna aku lupa langsung pasal study . Just aku terlebih excited nak sambut raya , tu jea . Study aku still ingat . Yea laa , tambah tambah lagi busy sangat sekarang tolong mama buat biskut raya , kemas rumah apa semua . So memang takda masa sangat aku nak pegang buku . Dah lepas buat keje apa semua confirm confirm letih , otak pun dah tak boleh nak jalan study apa semua . Mama dengan abah pun dah bisng jugak , but please la understand me . Jaja cuma nak raya 3 hari jea , bukan sebulan :) Biskut raya dah banyak buat , wahh gembira sungguh rasa dalam hati hahahaha . Aku rasa best sangat time nak buat biskut raya , letih memang la letih tapi memori tu yang penting . Buat biskut raya pun setahun sekali kan , so terover la pulak sukanya aku nie haa .

Well , semalam hari last sekolah for cuti Hari Raya nie . Then semalam jugak before balik sekolah ada sesi bersalam - salaman dengan cikgu apa semua . But yang paling buat aku tersentak Cikgu Marhana la , hahaha rasa malu pun ada jugak . Siap warning lagi ' lepas raya nie datang laa , jangan tak datang ' hahahah . Cikgu macam tahu tahu jea perangai aku . Yea cikgu saya akan datang , sebab saya sedar yang saya tak habis SPM lagi , dan jugak sebab saya nak belajar Chemistry :D * statement aku ke nie ? Hahahah , act dea ambil berat pasal aku , yea laa tengok markah pun macam hidup segan mati tak mahu , mana tak risau dea . Yea , aku akan cuba sedaya upaya untuk Chemistry and of course Additional Mathematics too . Heyy , nampaknya aku dah menyimpang banyak sangat kot ? Hehehe , takpe laa maybe nie last post untuk this week , sebab next week dah raya . Memang dah takda masa dah nak menghadap lappy jea .  Okay back to event salam menyalam tadi hahaha . Aku just sempat cakap mintak maaf apa semua dekat kawan kawan yang lain tak semua laa sebab tak sempat . Except dea jea aku tak cakap apa apa , haihh entah laa aku tak tahu perlu ke aku minta maaf sebab aku takut nanti keadaan akan bertambah tambah teruk . Takpe laa , lagi pun segala salah dea aku dah lama maafkan , and aku harap segala kemaafan yang pernah aku ucap dekat dea pun dea akan memaafkan aku dengan ikhlas . Aku harap sangat sangat hubungan silaturahim antara aku dengan dea akan bertambah baik satu hari nanti . And semalam jugak last aku tengok dea for this week , dea happy sangat sangat dengan orang yang dea sayang sekarang . Yea takpe , aku pun bahagia kalau tengok dea bahagia . Cukup laa , aku dapat tengok senyuman dea dari jauh . Lagi pun sekarang aku dah okayy :) I think thats all , okayy saya Maizatul Shahiza Binti Meor Zul Hassan or Jaja ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin . Semoga segala kesalahan , kesilapan , dan kekhilafan saya selama ini dapat anda semua maafkan . Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat kepada kita semua . Aminn :)


* Hope Aidilfitri nie jugak akan menyambung semula silaturahim antara kita .

Monday, August 22, 2011

Opah , Tok :)

Assalamualaikum , and hai hello selamat sejahtera :) Okayy , aku dah terlambat 2 hari nak update blog ni huhuhu . Takpe laa , asalkan benda yang aku nak tulis masih lagi segar dalam ingatan . Hari Sabtu hari tu balik kampung , jumpa tok dengan opah and sekali berbuka puasa dekat sana and tidur sana . Memang lain sangat suasana buka puasa dekat kampung berbanding rumah . Waktu nak sahur lagi laa , hahaha dengar opah lepek lepek * means membebel . Almaklumla , dah ada dekat kampung keluar semua loghat Perak yang sudah lama tidak digunakan di Kampar , huhuhu . Seriously , dekat kampung memang puas laa aku berloghat dengan sedara mara semua . Hahaha , memang best sangat sangat . Then malam tu pergi surau , solat sunat terawih , okayy secara jujur aku bukanlah stok rajin solat terawih ni , tapi dah abah ajak then sekali sekala ada dekat kampung kan , apa salahnya . Lagi pun surau Tok , then Tok pulak yang jadi iman kan . Hurm nak jugak merasa solat berimamkan Tok . So aku dengan hati yang gembira lagi girang pun pergi la join . Alhamdulilah , semuanya lancar jea . Then balik rumah Tok , apa lagi Tok ajak makan yang second round pulakk , hahahah . Kalau duduk dengan Tok dengan Opah kan confirm tak akan tak cukup makan . Percaya lahh , hahahaha . Well , malam tu jumpa Ewa apa semua , borak borak dari hati ke hati acececce . Hahaha , biasa la tuh kalau dah perempuan sama perempuan kann ? Banyak jugak yang diborakkan , tapi no need kot nak mention dalam post nie . Im enjoying myself damn much ! Best sangat sangat eventhough tidur semalam jea . Nak buat macam mana kan . Takpe takpe , Raya nanti enjoy la puas puas lagii :D * tak sedar diri budak nie , nak SPM =="

Aku tenang sangat sangat dekat kampung , rasa macam masalah takda and akan betul betul lupa masalah and apa yang aku rasa . Nikmatnya duduk dekat kampung kan ? Lagi pulak , ada adik adik sedara aku yang comel comel semua . Tengok muka deaorang pun dah tenang and damai jea aku rasa . Hurm , aku mesti kuat untuk hadapi semua ni , mesti kuat untuk melawan semua perasaan yang tak sepatutnya aku rasai . Sikit lagi dah nak bulan 9 , Ya Allah aku mohon kaw berikanlah kekuatan kepada diriku . SPM dah nak dekat sangat . Usaha Jaja , buktikan kepada dea , buktikan kepada family , buktikan kepada orang lain yang kaw boleh berjaya :)


* Kita tidak akan tahu kita mampu atau tidak melalui sesuatu yang sukar , kecuali kita sudah berada atau sedang mengalami   situasi tersebut .

Friday, August 19, 2011

That was the last moment :)

Assalamualaikum , heyy haii hello :) Okay today dengan secara rasminyaa Pre - Trial SPM sudaa tamat . Alhamdulilah , at last boleh jugak bernafas sikit . Haihh , belum lagi trial yang betul JPN Perak buat . Baru trial yang sekolah buat pun dah tension habis dah . Ya Allah , kaw permudahkanlah segala urusan aku . Terangkanlah hati aku untuk menuntut ilmu , jangan lah kaw tutup pintu hatiku ini Ya Allah , berikanlah aku hidayah dan petunjuk - Mu , amin :) And and hari nie jugak ada Majlis Bacaan Yaasin , Berbuka Puasa , Solat Sunat Hajat dan Terawih . Malam nie mengingatkan aku pada tahun 2009 , di mana tujuan yang sama jugak tapi keadaan lain dari sekarang . Aku hampir hampir menangis sebab terkenangkan benda yang dah lama berlalu dan tidak mungkin akan berulang semula . Yeahh , that was the last moment aku akan solat sama sama dengan kawan kawan semua . Gelak and happy and berbuka puasa sama sama . Cepat sangat waktu berjalan , tak sangka sikit lagi aku dah nak meninggalkan sekolah , meninggalkan SMK Sentosa , Kampar dan disini jugalah macam macam peristiwa dan perkara yang telah aku lalui . Semuanya masih utuh tersemat di dalam hati aku nie . Sedikitpun ia tidak pernah hilang . Di sini jugak aku mengenali dan menyintai seseorang dan di sini jugak aku merasai keperitan dan sakit hati yang teramat sangat . Sungguh aku tak sangka yang aku telah pun hampir ke penghujung untuk melalui semua ini . Masa telah banyak mendewasakan aku , pengalaman pun telah banyak mendewasakan aku . Terima kasih kepada insan yang pernah buat saya bahagia walaupun tidak begitu lama . Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah saya . Terima kasih kerana tetap menerima saya walaupun hati awak sakit yang teramat sangat . Terima kasih kerana banyak menyedarkan saya tentang kehidupan dan terima kasih kerana pernah menyayangi dan mencintai saya . Tak mungkin aku dapat lupakan . Well , SPM lagi 87 hari . What to do ? I have to be more struggle by hook or by crook . Dont be lazy Jaja , kuatkan semangat . Ingat pengorbanan yang telah kaw buat . Jangan sia sia kan pengorbanan tu , walaupun orang yang berjanji akan bersama sama berkorban tuh prinsip dea dah bertukar . Takpe la Jaja , sedangkan sungai berubah ini kan pulak manusia . Semua pernah buat kesilapan dan kekhilafan , begitu jugak kaw Jaja . Jangan simpan dendam and kebencian dalam hati , kerana ia akan memusnahkan kehidupan . Sabar adalah cara yang terbaik dan aku percaya Allah suka dan sayang orang yang selalu bersabar :)



* And maybe that was the last time i will see you wear Baju Melayu . 

Thursday, August 18, 2011

Time , pleasa be faster =="

Assalamualaikum , hello all . Im so tension right now with my Add Math , yeah for sure its was my first first killer subject ! Hurm tomorrow is a last paper for Pre - Trial SPM , ohh thanks god . I can feel relieve and breathe easily tomorrow . Eventhough is not the real trial , but at least all the burden in my head has gone . I just dont know what to study for Add Math , and yes i have been doing the past year questions , that all . Nothing more , nothing less . But i dont know if i can answer all the questions tomorrow . Seriously , i dont have any confident at all to answer that paper . Allah please help me . I hope the topic that i can score i can do it . Yeah for sure its was graph , thats the only topic or subtopic that i think i can score for paper 2 . Nevermind , i just do what i can do . Heyy , please dont say im give up too early without trying okay ? I have already to love and like Add Math but it seems so imposibble . Well , yeah im gonna do what i can do . Im not the one who force myself to score A+ for all subject science , because i know i cant do it . And i know im good in language . So thats the reason i talk like this . Im really really tired , and my brain seems doesnt work anymore for Add Math , so i think im gonna stop and sleep . I have already try my best for Add Math , the rest is up to Allah . Allah knows and feel what i feel know . Oh Allah , please help me tomorrow , please make everything easy for me , and please make my soul calm tomorrow . Amin :)

* sorry if my english is too bad or broken .

Wednesday, August 17, 2011

imissyou :)

Assalamuaikum , hai hello :) Yeahh , it's been so long i haven't update mg blog . So busy with all kinds of things and surely with my Pre-Trial . Oh my god , it's haven't finish yet , but i can feel really really relieved now because my killer paper just already pass . Ahh , semak pulak aku rasa speaking wehh . Hahaha , buat malu jea if grammar salah apa semua . Okayy back to Bahasa Melayu bahasa ibunda , hahaha . Baru semalam paper Chemistry habis , Allah jea yang tahu macam mana lega and gembiranya aku . Memang laa exam tak habis lagii , tapi bagi aku bilaa dah habis paper Chemistry aku rasa mcm best sangat sebab aku memang musuh sikit dengan Chemistry nie . Im so sorry Chemistry i try to like and love you , but it's seems like mustahil jea . But but i will try again , entah laa sebabnya nak tak nak kena jugak face and jawab Chemistry SPM nanti . Memang tak kan boleh avoid .

Okay , actually pagi pagi buta aku update blog sebab dah lama tak update then rasa mata tak mengantuk . Cadang nak study Biology kejap lagii . * Cehh macam tercapai jea hajat kaw tu Jaja kalau dah menghadap netbook :D Seriously memang rindu sangat nak update blog . So nak kata ada story sangat nak tulis takda la jugak . Minggu ni and minggu lepas memang packed sangat sangat yea laa exam kan . Takda masa nak buat benda lain kot . So memang tak banyak la kot story melainkan satu story ni jea laa . Hurm , exam kena pulak aku duduk berdekatan dengan dea . Nasib kaw la Jaja , nama Maizatul mesti la dekat dengan budak budak laki , sebab budak laki kan kebanyakkannya Muhammad or Mohamad . Nak tak nak kena jugak la aku duduk . Everything fine jea , takda apa . Just ada sikit perangai dea masa exam yang paling aku tak berkenan and  tak suka . Entah laa malas nak cerita , bulan bulan puasa ni mengutuk pulak hahaha . Aku tengok jea la , lagi pun takda rasa apa dah dekat aku if dea jalan berdua ke or apa apa jea laa . Im a new Jaja , must be strong . Move on Jaja :)

* Fighting for SPM ! :D

Tuesday, August 9, 2011

Kecewa yang teramat - amat sangat .

Assalamualaikum . Okay , insiden depan mata aku tadi and yang jadi saksi Fairuz and adik dea Efa betu betul buat tangkai hati aku nie tersentap sangat sangat . Ya Allah , kaw kuat kan lah aku . Yea aku akui sedikit sebanyak aku sudah mula mendapat kekuatan aku semula . Tapi masih kurang , Ya Allah bantulah hamba - Mu ini . Sungguh Ya Allah aku seolah olah tidak lagi mengenali dea yang dahulu . Dea sudah berubah dan aku tidak tahu kenapa , okay mungkin disebabkan aku dulu tapi setahu aku dea seorang yang berpegang teguh terhadap keputusan yang dea ambil . Setiap apa yang dikatakan nya itulah yang akan dea lakukan . Kenapa Ya Allah ? Sungguh aku terkejut sekali dengan perubahan dea . Jauh berbeza apa yang dea lakukan terhadap aku dahulu . Mungkin ada kebenaran apa yang dea pernah ucapkan kepada aku dahulu . Tak perlu lah aku sebut dekat sini . Hanya aku , dea dan Allah sahaja yang tahu .

Aku tidak kisah dan aku sanggup untuk menanggung semua sakit hati ini asalkan dea berpegang teguh dengan apa yang dikatakannya . Tapi hati aku hancur sangat dan aku amat amat kecewa dengan perubahan mendadak dea . Tapi apa yang boleh aku buat , aku hanya boleh bersabar and melihat dea daripada jauh . Aku hanya boleh mendoakan kebahagiaan dea bersama orang yang dea sayang .

* Aku redha Ya Allah :)

Sunday, August 7, 2011

Tak mudah .

Hey hello hai . Assalamualaikum . Entah kenapa aku tiba tiba rasa nak update blog nie . Haihh padahal esok nak exam , takpe la Jaja . Lagi pun esok BM jea , cehh BM jeaa ? Berlagak kaw Jaja , eh eh bukan aku berlagak okay ? Tapi memang itu kenyataannya , aku InsyaAllah and aku confident dengan BM tapi bukan over okay ? Aku rasa yang aku macam boleh score untuk subject tuh . Lagi pun tak salah kan kalau aku yakin dengan diri aku sendiri ? Huhuhu , hopefully aku dapat score A jugak untuk kali nie . Aminn :)

Sejak dua menjak nie aku macam terfikir nak cari someone untuk replace tempat dea , tapi entah laa aku still tak boleh jugak nak buang dea dari hati aku nie seratus peratus . Memang susah sangat , tapi aku tetap cuba . Cinta aku bukan mudah untuk diberi dekat sape sape and bukan senang aku nak terima someone lagi dalam hidup aku . Cinta aku bukan hari nie clash esok dah cari lain , no . Aku bukan jenis macam tuh , bagi aku selagi aku tak boleh buang and lupa orang tuh dari hidup and hati aku sampai bila bila aku tak akan dapat terima orang lain . Sebab aku tak nak mencintai orang lain padahal dalam masa yang sama aku still lagi teringat dekat yang lain . Itu namanya tak adil and akan menyakiti hati masing masing .

Aku selesa dalam keadaan macam nie . Biarlah orang nak kata apa . Yea , aku akui memang sunyi sangat sangat tapi apa lagi yang bole aku buat ? Aku dah serik , aku dah tak nak rasa ditinggalkan untuk kali kedua . Sakit sangat rasanya apabila ditinggalkan and orang yang meninggalkan kita tuh pergi mencari yang lain pulak . Tak , aku tidak akan menjerumuskan diri aku lagi ke arah itu . Cukup la sekali , Ya Allah lindungilah aku , lindungilah perasaan aku daripada jatuh hati kepada sesiapa lagi . Cukup lah sekali ..

Hahaha . At least im trying :D

Yeay , dah seminggu dah kita semua berpuasa . Kejap sangat pulak rasanya kan ? Huhuhu . Then sikit lagi rayaa ! Yeay , best best :) Hari nie Meme dengan Adah dah nak balik . Hurm , tak tahu lagi bila dapat berbuka puasa sama sama and semua ada . Tapi nanti InsyaAllah dapat lagi kot . Amin . Hahaha , act aku update post kali nie guna Ipad . Hehehe , bangga sikit wehh tapi malangnya bukan aku punya but abg aku punya . Saje jea nak try update blog guna Ipad . Susah jugak laa , tapi at least im trying kan ? Hahaha , dah dah tak tahu nak merepek ape lagi pagi pagi nie . Well , sekarang tengah exam mood , wish me good luck ! Bye , Assalamualaikum :)

Thursday, August 4, 2011

Pre - Trial , 5 August 2011 - 22 August 2011

Assalamualaikum , hai hello :) Well , seperti yang anda lihat title di atas . Yea , esok aku akan menghadapinyaa . Wish me luck . Harap harap dapat laa jawab dengan mudah dan tenang . But malangnya subject mula mula esok Add Math Paper 1 , oh my god . Seriously , aku takut gila and tak tahu la dapat ke tak jawab . Nak study lagi pun rasanya dah tepu otak and dengan mengantuk and letih . Entah laa , aku serahkan semuanya dekat Allah . Sebab aku tahu untuk kali ni usaha aku kurang , takpe laa . Aku akan cuba buat and jawab semampu yang boleh .

Hurm , hari nie dekat sekolah nothing happen sangat la . Just hari nie boleh dikatakan sehari suntuk aku dengan Fairuz duduk dalam Bilik Seni jea . Yea la , nak temankan Fairuz buat kerja kursus seni tuh , and finally siap jugak . Seronok pulak aku tengok eventhough aku tak ambil seni kan , well aku still enjoy jugak . Hahaha , bukan aku tak minat langsung seni seni nie , tapi entah laa belum sampai seru lagi kot . Ececece , macam apa aje ayat . Hahaha . Jannah pulak pagi pagi lagi dah mengutuk , masuk hari nie dah dua kali . Hahaha , aku just gelak and senyum jea la . Biarkan jea la deaorang Jannah oii . Kaw yang tengok pun sakit hati ini kan pulak aku . Lagi la berganda ganda , tapi aku tak boleh buat apa dah , melainkan bersabar dan terus bersabar , bertahan dan terus bertahan . Sebab itu saja yang aku mampu buat . Asalkan deaorang bahagia sudah laa . What past is past and aku memang tak simpan apa apa dendam pun . Benci apatah lagi .

Okay , stop about benda nie . Cerita pasal raya pulakk . Hahahah baju raya aku hampir siap . Thank you mama , i love you so much . Tak sabar nak raya ! Yea , aku tahu aku macam tak sedar diri nak SPM apa semua , tapi apa salahnya raya sekali setahun jea , tak kan sebab SPM aku nak korban sangat kot . Lagi pun aku bukan nak raya sampai sebulan . 3 hari cukup laa . Kan kan kan ? :)

Monday, August 1, 2011

Bulan baik , aku cuba untuk jadi lebih baik :)

Assalamualaikum . Kerap pulak laa aku update blog nie , hehehe . Yea laa maybe sebab bulan puasa nie tak buat apa sangat * bukan tak buat apa sangat kott , just saja nak memanjakan diri :p Hahaha jahatt kan aku ? Tapi takda la sampai takk buat apa , just dah kurang sikit laa especially study . Astaga , memang rasa macam apa , eventhough tak puasa pun rasa macam K.O nie kan pulak puasa . Haihh tapi takpe takpe inilah nama nya dugaan . So , kita mesti hadapi dengan kuat dan tabah ! :)

Aktiviti aku bulan puasa nie tak macam aktiviti bulan bulan lain laa . But , lately aku dah addicted dengan cerita Ketika Cinta Bertasbih . Huhuhu , movie kan dulu tapi sekarang dah ada dea punya sinetron . Wuhuu , best sangat sangat . Seriously , cerita tu benar benar bagi aku semangat and banyak mengajar aku lagi dalam ilmu agama nie . Cerita tu mengajar erti kesetiaan , kesabaran , keikhlasan , kejujuran , ketabahan . And banyak lagi laa yang positif semuanya .

Pasal cinta ? Yea memang ada dalam cerita nie , dah namanya pun Ketika Cinta Bertasbih kan ? :) But , cinta dalam cerita nie memang lain la dengan cinta yang nyata . Aku sendiri pun tak tao laa dapat ikut ke tidak , tapi yea aku akan cuba sedaya yang mungkin . Hurm , kenapa Jaja jadi macam nie ? Mungkin sebab berkat bulan Ramadan nie kan ? InsyaAllah aku akan cuba untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik . Kerana bulan Ramadan merupakan bulan yang amat mulia .

Ya Allah , semoga hari esok lebih baik dari hari ini . Ya Allah ,  semoga aku lebih kuat untuk menghadapi hari esok dan selama-lamanya . Ya Allah , semoga iman dan hati ku ini kuat untuk selama-lamanya . Ya Allah , semoga engkau redhai segala yang telah aku lakukan . Buat masa sekarang aku tidak akan lagi memikirkan tentang perkara yang sebelumnya aku memang selalu fikirkan . Aku akan mencuba nya Ya Allah , bantulah aku .

* Tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita miliki . Cuma satu yang perlu kita pegang , Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya , dan kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa berdoa dan bertawakal kepadanya . Kehilangan seseorang yang disayangi mungkin memeritkan , tapi ketahuilah bahawa Allah tidak akan memberi ujian yang hamba-Nya tidak dapat menghadapinya dan juga ketahuilah bahawa setiap dugaan yang terjadi ada hikmah disebalik nya .

Wassalam :)