Monday, August 1, 2011

Bulan baik , aku cuba untuk jadi lebih baik :)

Assalamualaikum . Kerap pulak laa aku update blog nie , hehehe . Yea laa maybe sebab bulan puasa nie tak buat apa sangat * bukan tak buat apa sangat kott , just saja nak memanjakan diri :p Hahaha jahatt kan aku ? Tapi takda la sampai takk buat apa , just dah kurang sikit laa especially study . Astaga , memang rasa macam apa , eventhough tak puasa pun rasa macam K.O nie kan pulak puasa . Haihh tapi takpe takpe inilah nama nya dugaan . So , kita mesti hadapi dengan kuat dan tabah ! :)

Aktiviti aku bulan puasa nie tak macam aktiviti bulan bulan lain laa . But , lately aku dah addicted dengan cerita Ketika Cinta Bertasbih . Huhuhu , movie kan dulu tapi sekarang dah ada dea punya sinetron . Wuhuu , best sangat sangat . Seriously , cerita tu benar benar bagi aku semangat and banyak mengajar aku lagi dalam ilmu agama nie . Cerita tu mengajar erti kesetiaan , kesabaran , keikhlasan , kejujuran , ketabahan . And banyak lagi laa yang positif semuanya .

Pasal cinta ? Yea memang ada dalam cerita nie , dah namanya pun Ketika Cinta Bertasbih kan ? :) But , cinta dalam cerita nie memang lain la dengan cinta yang nyata . Aku sendiri pun tak tao laa dapat ikut ke tidak , tapi yea aku akan cuba sedaya yang mungkin . Hurm , kenapa Jaja jadi macam nie ? Mungkin sebab berkat bulan Ramadan nie kan ? InsyaAllah aku akan cuba untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik . Kerana bulan Ramadan merupakan bulan yang amat mulia .

Ya Allah , semoga hari esok lebih baik dari hari ini . Ya Allah ,  semoga aku lebih kuat untuk menghadapi hari esok dan selama-lamanya . Ya Allah , semoga iman dan hati ku ini kuat untuk selama-lamanya . Ya Allah , semoga engkau redhai segala yang telah aku lakukan . Buat masa sekarang aku tidak akan lagi memikirkan tentang perkara yang sebelumnya aku memang selalu fikirkan . Aku akan mencuba nya Ya Allah , bantulah aku .

* Tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita miliki . Cuma satu yang perlu kita pegang , Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya , dan kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa berdoa dan bertawakal kepadanya . Kehilangan seseorang yang disayangi mungkin memeritkan , tapi ketahuilah bahawa Allah tidak akan memberi ujian yang hamba-Nya tidak dapat menghadapinya dan juga ketahuilah bahawa setiap dugaan yang terjadi ada hikmah disebalik nya .

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment