Monday, August 22, 2011

Opah , Tok :)

Assalamualaikum , and hai hello selamat sejahtera :) Okayy , aku dah terlambat 2 hari nak update blog ni huhuhu . Takpe laa , asalkan benda yang aku nak tulis masih lagi segar dalam ingatan . Hari Sabtu hari tu balik kampung , jumpa tok dengan opah and sekali berbuka puasa dekat sana and tidur sana . Memang lain sangat suasana buka puasa dekat kampung berbanding rumah . Waktu nak sahur lagi laa , hahaha dengar opah lepek lepek * means membebel . Almaklumla , dah ada dekat kampung keluar semua loghat Perak yang sudah lama tidak digunakan di Kampar , huhuhu . Seriously , dekat kampung memang puas laa aku berloghat dengan sedara mara semua . Hahaha , memang best sangat sangat . Then malam tu pergi surau , solat sunat terawih , okayy secara jujur aku bukanlah stok rajin solat terawih ni , tapi dah abah ajak then sekali sekala ada dekat kampung kan , apa salahnya . Lagi pun surau Tok , then Tok pulak yang jadi iman kan . Hurm nak jugak merasa solat berimamkan Tok . So aku dengan hati yang gembira lagi girang pun pergi la join . Alhamdulilah , semuanya lancar jea . Then balik rumah Tok , apa lagi Tok ajak makan yang second round pulakk , hahahah . Kalau duduk dengan Tok dengan Opah kan confirm tak akan tak cukup makan . Percaya lahh , hahahaha . Well , malam tu jumpa Ewa apa semua , borak borak dari hati ke hati acececce . Hahaha , biasa la tuh kalau dah perempuan sama perempuan kann ? Banyak jugak yang diborakkan , tapi no need kot nak mention dalam post nie . Im enjoying myself damn much ! Best sangat sangat eventhough tidur semalam jea . Nak buat macam mana kan . Takpe takpe , Raya nanti enjoy la puas puas lagii :D * tak sedar diri budak nie , nak SPM =="

Aku tenang sangat sangat dekat kampung , rasa macam masalah takda and akan betul betul lupa masalah and apa yang aku rasa . Nikmatnya duduk dekat kampung kan ? Lagi pulak , ada adik adik sedara aku yang comel comel semua . Tengok muka deaorang pun dah tenang and damai jea aku rasa . Hurm , aku mesti kuat untuk hadapi semua ni , mesti kuat untuk melawan semua perasaan yang tak sepatutnya aku rasai . Sikit lagi dah nak bulan 9 , Ya Allah aku mohon kaw berikanlah kekuatan kepada diriku . SPM dah nak dekat sangat . Usaha Jaja , buktikan kepada dea , buktikan kepada family , buktikan kepada orang lain yang kaw boleh berjaya :)


* Kita tidak akan tahu kita mampu atau tidak melalui sesuatu yang sukar , kecuali kita sudah berada atau sedang mengalami   situasi tersebut .

No comments:

Post a Comment