Thursday, January 5, 2012

2012

Assalamualaikum . Hai hey hello . Okay , ini merupakan post yang pertama untuk tahun 2012 . Hurm , tak terlambat lagi kan untuk wish SELAMAT TAHUN BARU 2012 . So , semua orang mesti ada azam masing-masing kan ? Aku ? Yeah , aku memang ada azam . Azam aku , semoga tahun 2012 ni aku lebih kuat dan tabah dari tahun yang sebelumnya . Amin :) Rasa macam cepat sangat masa berlalu . Tak sangka umur aku dah 18 tahun , kalau diikutkan tahun laa . Hahahah kalau ikut bulan memang belum lagi 18 . But , who cares kan ? Im still 18 years old . Orang kata kalau dah umur 18 nie , bebas melakukan keputusan dan bebas lakukan apa sahaja . Dan yeah , kalau nak kahwin pun dah boleh sangat sangat :D But , takda la sampai aku nak kahwin . Merepek jea pun . Hurm , aku cuma berharap aku akan dapat melupakan dan buang segala perasaan aku terhadap dea .

Okay , aku mengaku . Aku masih sayangkan dea . Aku masih lagi teringatkan dea . Aku tak pernah lupakan dea . Hati aku masih lagi milik dea . Tapi semangat aku yang membuatkan aku bertahan sampai sekarang . Allah Maha Mengetahui . Allah jea yang faham apa yang aku rasa . Aku berdoa siang malam agar Allah kuatkan semangat aku dan tabahkan iman aku . Aku tak nak lagi menangis macam orang bodoh yang mengharapkan cinta dari orang yang tidak lagi mencintai aku . Sungguh aku dah tak sanggup . Aku belajar untuk terima hakikat . Belajar terima yang cinta tak semestinya memiliki . Aku redha dan pasrah . Allah tahu apa yang terbaik untuk aku . Aku serahkan segala-galanya dekat Allah . Andai satu hari nanti dea memang jodoh aku , InsyaAllah akan bersatu jugak . Kalau tidak , mungkin Allah dah sediakan jodoh yang lebih baik untuk aku . Allah sayangkan aku . Sebab itu dea uji aku . Terima kasih Ya Allah . Kerana ujian yang telah kau berikan ini , aku sedar dan aku cuba untuk berubah menjadi lebih baik . Harap-harap 2012 adalah tahun yang membawa berkat dan kebahagiaan dalam hidup aku sekeluarga . Amin Ya Rabbal Alamin .

No comments:

Post a Comment