Tuesday, July 26, 2011

Tik Tok , Tik Tok .

Hello , and Assalamualaikum . Yeah , first of all saya nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kaum Muslimin di seluruh dunia . Tak sangka kan , sikit lagi dah nak puasa . Tu laa , masa berlalu dengan cepat sangat , just kita nie jea yang tak sedar berapa banyak masa yang telah kita sia-sia kan . Same goes with me , haihh SPM dah nak dekat sangat nie . I just don't know laa , if boleh ke tak jawab exam SPM nanti . OMG , bila fikir fikir pasal benda nie tak cukup nafas kot . Semput sayaaa =.="

Hurm , and masa jugak laa yang telah mengubati hati saya dan telah menjadikan saya seorang manusia yang lebih kuat . Saya kini tidak lagi lemah semangat dan mudah putus asa , kerana saya tahu Allah sentiasa ada bersama sama saya di waktu susah ataupun senang . Apa yang terjadi pada saya adalah dugaan , bak orang selalu cakap time time nak exam besar memang banyak dugaan . Dan saya terima dugaan dan ujian Allah ini dengan redha . Kerana saya tahu ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini .

Dan dengan masa jugak laa , saya belajar untuk menerima hakikat yang tak semua yang kita nak kita akan dapat , walaupun merupakan sesuatu atau sesorang yang kita sayang and suka . Dan kita jugak tak mampu nak puaskan hati semua orang . Biarlahh , sebabnya Allah lebih mengetahui niat kita dari orang lain di sekeliling kita . Jangan bersedih kerana disakiti , sebaliknya maafkanlah orang yang menyakiti anda . Yeah , jujur ikhlas saya katakan di sini yang saya maafkan semua orang yang pernah menyakiti saya dan saya tidak akan menyimpan apa apa dendam kerana dendam tu pemusnah hidup . Jadi saya tak nak musnahkan hidup saya semata mata kerana dendam . Dan saya jugak berharap orang yang pernah saya sakiti pun akan memaafkan saya .

Masa jugak mengajar saya erti sabar . Walaupun kesabaran saya tidak setanding Rasulullah SAW , tapi saya mencuba mengikuti sifat beliau . Walaupun sekecil kuman , saya akan cuba . Walaupun sesukar mana . Masa jugak telah mematangkan saya dan mendewasakan saya . Dan saya tidak akan mengulangi kesilapan dan kesalahan saya yang lalu , kerana banyak pihak akan sedih dan terluka disebabkan saya dan saya jugak yang akan menanggung akibat dari perbuatan saya . Kesalahan saya besar , sebab itu sampai sekarang orang akan ingat , walaupun telah banyak kebaikan saya lakukan , tetapi orang tetap akan mengingati kesalahan kita . Tapi tidak mengapa lah , itulah namanya lumrah kehidupan .

* Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat saya dan keluarga saya :)


No comments:

Post a Comment